Page 23 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 23

“     ...Berdasarkan kepada pengertian




                    darurah, maka dapat difahami

                    bahawa Maslahah Daruriyyah ialah


                    maslahah untuk dalam memastikan

                    kelestarian kehidupan dunia...
                                                                 ”





              Ḍarūrah di bawah kategori ini adalah untuk memelihara lima
              maqasid  syariah iaitu menjaga agama, nyawa (jiwa),
              keturunan, harta dan akal (al-shatibi, 1417H, 1:31).

              berdasarkan kepada pengertian darurah, maka dapat
              difahami bahawa Maslahah Daruriyyah ialah maslahah untuk
              dalam memastikan kelestarian kehidupan dunia. Contohnya
              maslahah dalam menghukum bunuh terhadap orang murtad
              bagi memelihara agama,  maslahah dalam menghukum
              peminum arak bagi memelihara akal,  maslahah dalam
              pensyariatan hukum qisas bagi memelihara nyawa, maslahah
              dalam hukuman terhadap penzina bagi memelihara
              keturunan, dan maslahah dalam hukum terhadap qazaf bagi
              memelihara maruah (Al-Tufi, 1407H, 3:209).


              sebagai pemerintah, maka pemeliharaan lima (5) perkara
              asas kesejahteraan rakyat dan negara yang terkandung
              dalam maslahah Daruriyah seperti yang dinyatakan oleh
              Imam al-Ghazali adalah wajib dilaksanakan mengikut
              keutamaan dalam maqasid syariah seperti berikut :



                                                 tadbir urus berteraskan
                                                 maqasid syariah     11
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28