Page 28 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 28

“



                          ... Antara contoh hājah ialah

                           pensyariatan ijārah yang

                         merupakan kontrak terhadap


                            manfaat yang belum lagi

                                                            ”
                                       wujud...






              apabila keperluan itu tidak diambilkira, maka para mukallaf
              secara keseluruhannya akan mengalami kesukaran dan
              kepayahan” (1417H, 2:21).

              antara contoh  hajah ialah pensyariatan  ijarah  yang
              merupakan kontrak terhadap manfaat yang belum lagi wujud.
              Disebabkan terdapat maslahah manusia secara umumnya
              terhadap kontrak ini, syarak membenarkannya walaupun
              secara asalnya ia menyalahi qiyas. Jika kontrak ini tidak
              disyariatkan,  maka  keseluruhan  umat  akan  mengalami
              kesukaran dan kepayahan dalam urusan muamalat mereka
              yang melibatkan penggunaan manfaat sama ada daripada
              sesuatu benda atau daripada manusia (perkhidmatan).

              Dalam contoh tersebut, keperluan individu terhadap kontrak
              ijarah tidak sampai ke tahap darurah. Walau bagaimanapun
              syarak membenarkannya kerana wujud maslahah dalam
              kalangan sebahagian manusia secara umumnya.





                   tadbir urus berteraskan
              16 maqasid syariah
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33