Page 18 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 18

Maksudnya:  “Definisinya  dari  sudut  uruf  ialah:
                   sebab  yang  membawa  kepada  kebaikan  dan
                   manfaat,  seperti  perniagaan  yang  membawa
                   kepada  keuntungan.  Dan  definisinya  dari  sudut
                   syarak ialah: sebab yang membawa kepada objektif
                   / tujuan syarak sama ada dalam ibadah atau adat”
                   (1413H, 25).



              Maslahah sangat berkait rapat dengan syariat. Pemeliharaan
              maṣlaḥah merupakan salah satu objektif utama dalam segala
              pensyariatan agama. analisis terhadap hukum-hakam syarak
              sama ada dalam permasalahan pokok atau permasalahan
              cabang mendapati bahawa syariat Islam mengambil kira
              maslahah dalam penetapan hukum. Justeru, al-Razi membuat
              kesimpulan  bahawa,  “Jika  kita  membuat  pemerhatian
              terhadap syariat, kita akan mendapati bahawa hukum-hakam
              dan maslahah adalah beriringan” (1418H, 5:179).


              ʿIzz al-Din pula merumuskan bahawa, “Syariat keseluruhannya
              adalah  maslahah-maslahah sama ada menghilangkan
              keburukan atau mendapatkan kebaikan” (1414H, 1:11).

              Ibn  taymiyyah juga merumuskan bahawa, “syariat
              datang dengan membawa  maslahah-maslahah serta
              menyempurnakannya, dan menghilangkan  mafsadah-
              mafsadah serta mengurangkannya” (1403H, 1:288).


              Pemerhatian al-shatibi pula mendapati bahawa, “amalan-
              amalan syarak tidak bertujuan untuk amalan-amalan itu
              sendiri, tetapi terdapat perkara lain yang merupakan maksud/
              tujuannya iaitu  maslahah-maslahah yang dikehendaki
              daripada pensyariatan” (1417H, 3:121).



                   tadbir urus berteraskan
              06 maqasid syariah
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23