Page 21 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 21

kedua


                 Maslahah yang terdapat kesaksian syarak
                 bahawa ia tidak diambil kira

                 Contohnya dalam permasalahan seseorang
                 yang bersetubuh pada siang Ramadhan yang
                 diwajibkan membayar kaffarah, kemungkinan
                 pada pandangan sesetengah orang bahawa
                 jika pelaku tersebut adalah seorang yang
                 kaya seperti raja, kaffarah yang dikenakan
                 kepadanya hendaklah berpuasa selama dua
                 bulan berturut-turut,  dan tidak diberikan
                 pilihan membebaskan hamba kerana
                 membebaskan hamba adalah mudah bagi
                 orang sepertinya. Walau bagaimanapun,
                 maslahah tersebut tidak diambil kira oleh
                 syarak (Al-Tufi, 1407H, 3:205).


                            ketiga


                            Maslahah  yang tidak ada sebarang
                            kesaksian syarak sama ada ia diambil
                            kira atau ia tidak diambil kira. Ia juga
                            dinamakan sebagai Maslahah Mursalah,
                            Istislah, dan juga al-Istidlal bi al-Mursal.
                            Contohnya maslahah dalam penulisan
                            mushaf pada zaman sahabat dan pem-
                            binaan penjara pada zaman pemerintahan
                            ʿUmar  ibn  al-Khattab  (Al-Tufi,  1407H,
                            3:213).




                                                 tadbir urus berteraskan
                                                 maqasid syariah     09
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26