Page 20 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 20
PEMBAHAGiAN MASLAHAH
Maslahah dibahagikan kepada beberapa
jenis mengikut kategori-kategori yang
berbeza:
1. MASLAHAH berdaSarkan pengambil
kiraan oleh Syarak
Dari sudut sesuatu maṣlaḥah diambilkira oleh syarak,
maṣlaḥah dibahagikan oleh ulama usul kepada tiga
bahagian seperti berikut:
pertama
Maṣlahah yang terdapat kesaksian syarak
bahawa ia diambil kira
Pengambilkiraan maslahah dalam kategori
inilah yang digunakan dalam qiyas
(al-Ghazali, 1413H, 174). sebagai contoh,
pengharaman nabidh yang dikiaskan ke atas
pengharaman arak (khamr) (Al-Tufi, 1407H,
3:205). Dalam contoh tersebut maslahah
pengharaman nabidh adalah muktabar
kerana terdapat kesaksian syarak tentangnya
iaitu dalam pengharaman arak (khamr).
tadbir urus berteraskan
08 maqasid syariah