Page 66 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 66
Huraian aplikasi
memelihara agama
memelihara agama adalah tonggak utama
kesejahteraan sejagat. Hampir kesemua manusia
mempercayai kepada sesuatu agama, dan jaminan
kepada kesucian agama adalah penting kerana
ia membawa kepada keharmonian kehidupan
masyarakat. Dalam Islam, pemeliharaan agama
bukan sekadar memuliakan agama, malah dapat
mengelak daripada ajaran agama dipermain dan
diselewengkan.
seorang yang telah menganut agama Islam wajib
mengetahui segala peraturan dan penetapan hukum
yang diwajibkan ke atasnya. Ini berbeza daripada
mereka yang belum atau tidak menganut Islam.
tiada paksaan dikenakan ke atas mereka kerana
anutan agama Islam adalah berdasarkan hidayah
allah sWt dan bukannya hukuman atau paksaan
(نيدلا فى هاركإ ل). Kebebasan ini menjamin kerukunan
dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
Walaupun pemeliharaan ke atas agama ini bagi
menjamin kesucian dan kemuliaan Islam, pada
masa yang sama allah sWt melarang umat Islam
daripada mencela dan menghina agama lain. Ini
bagi mengelak agama Islam dan allah sWt juga
dicela sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah
al-an’am ayat 108:
tadbir urus berteraskan
54 maqasid syariah