Page 68 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 68

mana bahagian Persekutuan”. sebagai pemerintah,
                      menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan
                      agama Islam di  tempat  yang  teratas.  Kerajaan
                      wajib menjaga aspek keagamaan rakyatnya untuk
                      menjamin kesejahteraan, keamanan, kesepaduan
                      dan keharmonian negara. Dalam mengurus
                      tadbir negara, semua dasar, polisi serta kerangka
                      pembangunan negara perlu mencakupi keperluan
                      rakyat secara teratur dan holistik selaras dengan
                      kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, juga
                      berasaskan lunas-lunas Perlembagaan dan falsafah
                      Rukun negara.


                      Dalam konteks tadbir urus negara, kesejagatan
                      prinsip maqasid syariah ini juga memperlihatkan
                      bagaimana prinsip pertama iaitu menjaga agama
                      amat berkaitrapat dan perlu diintergrasikan bersama
                      pelaksanaannya dengan  teras ke-2 Rancangan
                      malaysia Kesebelas (RmK-11) iaitu meningkatkan
                      Kesejahteraan Rakyat dan  teras ke-3 iaitu
                      meningkatkan Pembangunan modal Insan untuk
                      negara maju serta Goal 11 Sustainable Development
                      Goals (sDGs): Sustainable Cities and Communities
                      dan Goal 16: Peace, Justice And Strong Institutions.


















                   tadbir urus berteraskan
              56 maqasid syariah
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73