Page 71 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 71

Kerajaan. Penyediaan dasar untuk pembinaan rumah
                      yang selesa dan mampu milik serta kemudahan
                      prasarana dan persekitaran yang bersih dan selamat
                      adalah menjadi tanggungjawab pemerintah demi
                      menjaga nyawa rakyatnya.


                      setiap rakyat malaysia tanpa mengira latar belakang,
                      dijamin keselamatan dan keamanan, menikmati
                      kemudahan dan pembangunan yang inklusif, apa
                      jua perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan
                      kepada kehidupan mesti dielakkan. sebagai contoh;
                      Kerajaan menyediakan rumah transit dan bantuan
                      kepada golongan gelandangan dan fakir miskin untuk
                      memulakan kehidupan yang lebih baik, prasarana
                      pertahanan negara yang lengkap dan pasukan
                      keselamatan (polis, tentera, bomba) yang cekap bagi
                      memastikan keselamatan nyawa dan harta benda
                      rakyat terjamin, Kerajaan menyediakan kemudahan
                      jalan raya berkualiti untuk menjamin keselamatan
                      pengguna dan pengangkutan awam terbaik untuk
                      keselesaan rakyat, bekalan air bersih, kebersihan
                      alam sekitar serta hospital dan perkhidmatan
                      kesihatan berkualiti.

                      Dalam pemeliharaan nyawa, Islam meletakkan
                      harga yang tinggi ke atas nyawa setiap makhluk.
                      nyawa seseorang manusia tidak boleh diambil
                      atau  ditamatkan  sewenang-wenangnya tanpa
                      hak.  semua makhluk berhak untuk hidup dengan
                      tenang tanpa gangguan. menjadi tanggungjawab
                      Kerajaan mengelakkan perkara-perkara yang boleh




                                                 tadbir urus berteraskan
                                                 maqasid syariah     59
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76