Page 75 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 75
fikiran sebagai salah satu kepentingan asasi
dalam kehidupan manusia. semua perkara yang
mampu mempertingkatkan daya akal seperti
teknologi It, pendidikan sepanjang hayat, program
pengembangan bakat serta kemahiran teknikal
dan vokasional menjadi agenda penting negara.
Contohnya; Kerajaan memastikan setiap rakyat
berpeluang mendapat pendidikan arus perdana
melalui sistem pendidikan yang holistik dan
komprehensif. Ini meliputi pendidikan prasekolah
hingga peringkat universiti serta kemudahan
pendidikan untuk rakyat miskin dan berpendapatan
rendah, golongan istimewa dan kurang upaya (OKu).
selaras dengan ini, sebarang bentuk perkara yang
boleh menyekat fungsi akal adalah dilarang seperti
pengambilan dadah, arak dan seumpamanya yang
boleh merosakkan akal dan meruntuhkan budaya
serta keilmuan. Perkhidmatan kesihatan dan
perubatan berkualiti disediakan oleh Kerajaan bagi
memastikan aspek penjagaan akal rakyat negara ini
dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Dalam konteks tadbir urus negara, kesejagatan
prinsip maqasid syariah ini juga memperlihatkan
bagaimana Prinsip Ketiga iaitu menjaga akal amat
berkaitrapat dan perlu diintergrasikan bersama
dalam proses pelaksanaannya dengan RmK-11 iaitu
teras 2: meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dan
teras 3: meningkatkan Pembangunan modal Insan
untuk negara maju dan juga agenda sDGs iaitu
Goal 3: Good Health and Well-Being dan Goal 4:
Quality Education.
tadbir urus berteraskan
maqasid syariah 63