Page 77 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 77
memelihara keturunan
salah satu elemen penting dalam hidup
seseorang ialah kehormatan (maruah) yang sangat
berkaitrapat dengan keturunan. sehubungan itu,
Islam memberikan perhatian yang amat tinggi
terhadap kehormatan individu dan menekankan
tanggungjawab untuk memeliharanya. Pemeliharaan
kehormatan meliputi hak privasi dan nama baik, iaitu
tidak menuduh seseorang sebagai telah melakukan
sesuatu salah laku, penyelewengan, kemaksiatan,
dan sebagainya. Di samping itu, ia juga bermaksud
memastikan hubungan antara lelaki dengan wanita
berjalan dalam keadaan yang baik dan secara
terhormat. agama Islam memperuntukkan beberapa
garis panduan bagi memastikan kehormatan
manusia dapat dipelihara.
Dalam hubungan ini, Islam menghalang umatnya
daripada menuduh orang lain melakukan dosa atau
kesalahan seperti perzinaan. Prinsip umum yang
terpakai bagi setiap pertuduhan atau dakwaan
yang dibuat terhadap orang lain ialah maksim yang
mengatakan, “Keterangan perlu dikemukakan oleh
pihak yang mendakwa (menuduh) dan sumpah perlu
diberikan oleh pihak yang menafikan (tuduhan).”
berasaskan prinsip ini, setiap pertuduhan mesti
disahkan dengan bukti-bukti yang berkaitan.
agama Islam juga tidak membenarkan kaum wanita
dipergunakan sebagai objek seks dan barang
perdagangan. Contohnya dengan memanipulasikan
tadbir urus berteraskan
maqasid syariah 65