Page 79 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 79

anak yatim, ibu tunggal, wanita dan kanak-kanak
                      teraniaya/terabai dan sistem sokongan keluarga yang
                      kukuh perlu dititikberatkan. Pengwujudan undang-
                      undang keluarga komprehensif dan hal ehwal
                      pendaftaran kelahiran / perkahwinan / kematian
                      yang teratur serta diperkemaskan dari semasa ke
                      semasa perlu sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.

                      Islam juga menitikberatkan penjagaan kehidupan
                      yang mampan dan lestari. segala usaha Kerajaan
                      dalam mewujudkan dasar dan polisi serta undang-
                      undang dan penguatkuasaaan bagi meningkatkan
                      kualiti pertumbuhan khazanah alam dan persekitaran,
                      pemuliharaan biodiversiti, mengurangkan risiko alam
                      sekitar dan kemusnahan ekologi adalah amat dituntut
                      dalam agama bagi memastikan alam sekitar dan
                      sumber asli negara yang bernilai kekal dipelihara dan
                      dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

                      Dalam konteks tadbir urus negara, kesejagatan
                      prinsip maqasid syariah ini juga memperlihatkan
                      bagaimana Prinsip keempat iaitu menjaga Keturunan
                      amat berkaitrapat dan perlu diintergrasikan
                      bersama dalam proses pelaksanaan dengan RmK-
                      11 iaitu teras 1: memperkukuh Inklusiviti Ke arah
                      masyarakat yang saksama, teras 2: meningkatkan
                      Kesejahteraan Rakyat,  teras 3:  meningkatkan
                      Pembangunan modal Insan untuk negara maju dan
                      teras 4: menuju Ke arah Pertumbuhan Hijau bagi
                      meningkatkan Kemampanan Dan Daya tahan, dan
                      juga agenda sDGs iaitu Goal 1: No Poverty, Goal 2:
                      Zero Hunger, Goal 3: Good Health and Well-Being,



                                                 tadbir urus berteraskan
                                                 maqasid syariah     67
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84