Page 82 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 82
memelihara harta
Pemeliharaan ke atas harta bukan hanya bermaksud
menjamin harta tersebut dimiliki secara sah atau
menjamin daripada dicuri atau dirampas dengan
tiada hak sahaja, malah ia juga bermaksud
memelihara daripada harta tersebut daripada
pembaziran, penyelewengan, penindasan dan
penipuan serta pengagihan yang tidak saksama.
salah laku pemilikan harta secara tidak adil,
monopoli dan rasuah perlu dibenteras kerana ia
akan memudaratkan sosio ekonomi negara.
Dalam hal ini, sekalipun seseorang itu memiliki harta
yang banyak, ia diharamkan daripada membazirkan
harta atau merosakkannya. Oleh kerana itu, Islam
menganjurkan amalan berzakat, bersedekah dan
berderma. elemen rahmah dalam syariat Islam
ini menunjukkan bagaimana Islam memberi
jaminan ekonomi dan sosial kepada individu dan
masyarakat yang seterusnya dapat membangunkan
kesejahteraan komuniti sejagat.
selain itu, pemeliharaan harta juga bukan hanya terhad
kepada material harta alih dan tak alih sahaja, tetapi
juga ia melibatkan khazanah alam ciptaan Ilahi seperti
hutan, bukit bukau, tumbuh-tumbuhan, lautan, sungai
dan hidupan di atas darat dan di dalam air. Islam
amat menitikberatkan penjagaan alam sekitar yang
lestari. Dasar dan polisi serta undang-undang yang
diwujudkan oleh Kerajaan adalah bagi mengawal
risiko terhadap alam sekitar dan kemusnahan ekologi
tadbir urus berteraskan
70 maqasid syariah