Page 78 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 78

mereka dalam pengiklanan sebagai daya penarik
                      untuk membeli produk-produk komersial. Dalam
                      hubungan ini, kita dapat melihat kepentingan
                      pemeliharaan maruah sebagaimana dianjurkan Islam
                      sebagai salah satu cara yang dapat mengelakkan
                      wanita dimanipulasikan dalam pelbagai bentuk.

                      Kepentingan pemeliharaan keturunan diberikan
                      perhatian berat oleh Khalifah ‘umar R.a. baginda
                      misalnya memberikan galakan untuk perkahwinan
                      serta sentiasa saling menunaikan tanggungjawab
                      sebagai suami dan isteri, menekankan hukum-hukum
                      hadanah dan nafkah, serta menegaskan  kepentingan
                      nasab dan hubungan antara anak-anak dengan bapa
                      mereka. Khalifah ‘umar R.a. juga menggalakkan
                      pasangan suami isteri agar berusaha mengukuhkan
                      kasih sayang antara mereka, bersabar dalam
                      menempuh ujian kehidupan, selain mengelakkan
                      daripada talak ba’in (tiga). Hubungan yang kekal
                      terpelihara antara suami isteri ini menurut Khalifah
                      ‘umar dapat menjamin pengekalan keturunan dan
                      hubungan kekeluargaan yang amat penting dalam
                      pembinaan masyarakat serta bangsa. seterusnya
                      dari aspek kawalan terhadap keturunan daripada
                      perkara-perkara yang boleh menghancurkannya,
                      Khalifah ‘umar mengambil tindakan seperti
                      membatalkan perkahwinan yang tidak sah,
                      melaksanakan hukuman hadd bagi perzinaan, dan
                      menghukum jenayah liwat.

                      selain itu, aspek penjagaan kesihatan ibu dan anak,
                      aspek perlindungan dan penjagaan warga emas,



                   tadbir urus berteraskan
              66 maqasid syariah
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83