Page 16 - 003 DSKP KSSM SAINS TINGKATAN 3_Neat
P. 16

KSSM SAINS TINGKATAN 3


               FOKUS



               KSSM  Sains  berfokus  kepada  pembelajaran  berfikrah  yang

               melibatkan  kemahiran  saintifik  dan  kemahiran  berfikir  bagi

               pemerolehan  pengetahuan  yang  diterapkan  melalui  pendekatan
               utama  dalam  pendidikan  sains  iaitu  inkuiri.  KSSM  Sains  juga

               berhasrat  untuk  menyediakan  murid  yang  akan  menghadapi  era

               pembangunan  teknologi  yang  pesat  dan  pelbagai  cabaran  Abad
               Ke-21.  Golongan  murid  yang  melalui  kurikulum  ini  bakal  menjadi
               sumber  tenaga  manusia  dalam  bidang  sains  dan  teknologi  yang

               akan menyumbang kepada pembangunan negara.



               Kandungan  Standard  Kurikulum  Sains  Tingkatan  1  hingga
               Tingkatan  5  dibangunkan  berasaskan  tiga  domain  iaitu

               pengetahuan, kemahiran dan nilai.  Ketiga-tiga domain ini dialami

               oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi menghasilkan individu yang

               fikrah  sains  (Rajah  2).  Pendekatan  inkuiri  merangkumi
               pembelajaran  berpusatkan  murid,  konstruktivisme,  pembelajaran

               kontekstual,  pembelajaran  berasaskan  masalah,  pembelajaran

               masteri serta strategi dan kaedah yang berkaitan.                                     Rajah 2: Kerangka Konsep Kurikulum Sains






                                                                                     4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21