Page 5 - speako_Neat
P. 5

Firman Allah dalam surah Loqman ayat 19 yang bermaksud :
                    "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga

                    rendahkanlah suaramu (semasa berkata - kata), sesung uhnya
                    seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


                    Allah juga memerintah kepada Rasulullah SAW apabila
                    berhubung dengan orang lain hendaklah dengan lemah lembut
                    sebagaimana Nabi Musa dan Harun diperintahkan berdakwah

                    kepada Firaun dengan kata-kata lemah lembut, firman Allah
                    SWT dalam surah Taha ayat 43-44 yang bermaksud :


                    "43. "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesung uhnya ia
                    telah melampaui batas dalam kekufurannya.

                    44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan
                    kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut".


                    Berkatalah dengan baik dan lemah lembut ia boleh menarik
                    orang lain kepada apa yang kita ucapkan, andainya kita

                    bercakap kasar membuatkan orang akan menjauhkan diri dari
                    kita kerana mereka benci dengan sikap yang demikian.


























                                        Halaman 3| Majalah Speako
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10