Page 9 - speako_Neat
P. 9

BUKAN RAMALAN NAMUN KENYATAAN
                                                             Tak kenal maka tak cinta, tak kenal maka takkan
                                                             waspada. Ada yang menyebut ramalan. Namun setiap
                                                             butir hikmah yang terbit dari lisan Rasulullah s.a.w yang
                                                             mulia, hakikatnya sebuah kenyataan.
                                                                    Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Apakah kamu lihat
                                                             apa yang aku lihat? Aku melihat fitnah akan melanda
                                                             setiap bumbung rumah umat ibarat titisan hujan yang
                                                             mencurahi bumi." (Riwayat al-Bukhari)
                                                                    Fitnah lebat bak hujan. Namun dalam kesempatan ini
                                                             kita cuba mengenal antara fitnah utama akhir zaman:

                                                             FITNAH AGAMA
                                                             Abu Burdah pernah berkata: "Satu ketika aku pernah
                                                             berdiri di hadapan Khalifah Ziyad, aku bertepuk tangan
                                                             kerana kehairanan. Lantas seorang lelaki Ansar yang
                                                             bapanya seorang sahabat Nabi bertanya kepadaku:
                                                                    "Apakah yang menyebabkan kamu teruja wahai Abu
                                                             Burdah?"
                                                             Lalu aku menjawab: "Aku hairan perihal sebuah negara
                                                             yang agamanya satu, perjuangannya satu, hatinya juga
                                                             satu, dakwah mereka satu, pegangan mereka (al-Quran)
                                                             satu, peperangan yang disertai juga satu, akan tetapi
                                                             mereka sanggup membenarkan pembunuhan sesama
                                                             sendiri."
                                                                    Malang sekali fitnah yang berlaku atas nama agama.
                                                             Agama tidak lagi memandu manusia kerana premis hati
                                                             yang rosak binasa. Agama dimanipulasi manusia
                                                             sehingga kelihatan jelek dan hina.
                                                                    Fitnah agama merosak, hatta ahli agama sendiri.
                                                             Agama jadi mainan, taruhan dan modal memperoleh
                                                             kepercayaan dan keuntungan. Agama sudah hanya
                                                             tinggal nama, kosong nilai dan penghayatan!
                                                                    Perpecahan dan pertelingkahan yang berlaku
                                                             semuanya bertopengkan agama. Isunya juga berkaitan
                                                             dengan agama sehingga manusia yang tercari-cari
                                                             jawapan makin tersasar dari landasan kebenaran. Yang
                                                             alim terpaksa akur kelu membisu bukan kerana takut,
                                                             tetapi kerana waspada. Namun tetap dinista dek manusia.









                                        Halaman 7| Majalah Speako
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14