Page 10 - buletin kesas
P. 10

8                                                                                               BULETIN KeSaS



                    WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS


                          PEMIMPIN MUDA (MAPEM)



            Oleh : Mohd Firdaus bin Abdul Rafar
                                                                              -



          Majlis  Watikah  Lantikan  Majlis  Pemimpin  Muda  (MAPEM)  KeSaS  bagi  sesi  2020  telah
          diadakan pada 22 Januari 2020. Majlis ini telah diadakan di Dataran Ilmu KeSaS bermula
          jam  7.40  -  8.20  pagi.  Encik  Shafie  bin  Ibrahim  telah  dijemput  sebagai  perasmi  untuk
          merasmikan dan menyerahkan watikah lantikan kepada ahli - ahli MAPEM.


          Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kpd ahli MAPEM upaya dpt melaksanakan
          tugas yg diamanahkan dgn penuh tanggungjawab dan dedikasi. Majlis dimulakan dengan
          ucapan Puan Roziah binti Abdul Latiff selaku Pengetua SMK Kerambit. Dalam ucapannya,
          beliau  menerangkan  fungsi  dan  peranan  ahli  MAPEM.  Beliau  menjelaskan  bahawa
          Pengawas Sekolah lebih  fokus  kepada membantu guru  dalam  masalah  disiplin  sekolah.
          Ini  berbeza  dengan  peranan  MAPEM  yang  lebih  fokus  kepada  peranan  membantu  guru
          menguruskan  dan  mengendalikan  majlis  dan  program  dari  sekolah  luar.  Oleh  itu,
          diwujudkan  beberapa  AJK  Kecil  dalam  MAPEM  yang  fokus  kepada  bidang  pengacaraan,
          protokol dan kewartawanan.


          Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Encik Shafie bin Ibrahim selaku YDP
          PIBG  SMK  Kerambit.  Beliau  memulakan  ucapan  dengan  merakamkan  ucapan  tahniah
          kepada murid yang dilantik menjadi ahli MAPEM. Dalam ucapannya juga terselit nasihat
          yang  mana  beliau  sangat  mengharapkan  murid-murid  KeSaS  tanamkan  sikap  suka
          bersaing dan berlumba - lumba terutama dalam pelajaran.


          Selesai  ucapan  perasmian,  majlis  diteruskan  dengan  penyampaian  watikah  yang
          disampaikan oleh Encik Shafie. Dalam majlis ini, seramai 20 orang murid telah diangkat
          sebagai ahli MAPEM yeng terdiri daripada 9 lelaki dan 11 perempuan. Majlis juga telah
          mengumumkan bahawa Fairus binti Azhar telah diberikan tanggungjawab menjadi Ketua
          MAPEM bagi sesi 2020.



          Majlis  diakhiri  dengan  sesi  bergambar  ahli  MAPEM  bersama  perasmi  dan  barisan
          pentadbir dan guru - guru pembimbing MAPEM.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15