Page 6 - buletin kesas
P. 6

6                                                                                               BULETIN KeSaS


         RUMAH HIJAU TERUS UNGGUL





         Oleh : Fairuz Azhar & Fashihah Aflah

         17  JANUARI  2020  –  Pasukan  rumah  Hijau  atau  Tunku  Abdul  Rahman  terus  unggul  mempertahankan
         kejuaraan  Kejohanan  Merentas  Desa  Kerambit  Secondary  School  (KeSaS)  2020  selepas  menggungguli
         kejohanan yang sama pada tahun 2019. Kejohanan merentas desa yang bertemakan ‘KeSaS SIHAT’ telah
         bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Matlamat kejohanan merentas desa
         ini  adalah  untuk  menyediakan  ruang  kepada  pelajar  mengembangkan  bakat,kreativiti  dan  potensi  diri.
         Encik Shafi’e bin Ibrahim selaku YDP PIBG telah merasmikan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2020
         dan  telah  dibantu  oleh  beberapa  orang  anggota  polis  dalam  sepanjang  kejohanan  ini  berlangsung  bagi
         memastikan keselamatan pelajar. Dengan bertemakan KeSaS Sihat pihak sekolah juga telah menjemput
         pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia dari Klinik Kesihatan Mela bagi melancarkan Pameran Kesihatan
         dan  Pemeriksaan  kesihatan secara  percuma.  Pelajar  dibahagikan  kepada  tiga  rumah  sukan  iaitu,  Rumah
         Biru,  Rumah  Hijau  dan  Rumah  merah  termasuk  kategori  Pendidikan  Khas.  Pasukan  telah  merangkul
         kejuaraan  setelah berjaya mengutip mata sebanyak 182 mata. Kemenangan pasukan ini terserlah apabila
         menguasai hampir keseluruhan kemenangan pagi acara Lelaki Bawah 18 tahun.
         Sementara itu, Rumah Biru @ Dato’ Onn Jaafar telah merangkul naib johan dengan mengumpul sebanyak
         177  mata  manakala  tempat  ketiga  ialah  pasukan  Rumah  Merah  (Tun  Abdul  Razak)  dengan  kutipan
         sebanyak 148 mata.
         Majlis diakhiri dengan sesi bergambar
         dan pengumuman atlet yang akan                                  “  Dengan adanya Kejohanan Merentas Desa
         mewakili sekolah ke Kejohanan                                  ini pelajar dapat menikmati dan
         Merestas Desa MSSD Lipis 2020.                                menghargai ciptaan Allah. Seterusnya,
                                                                            menanamkan sifat cinta terhadap alam
                                                                       sekitar.”
                                                                          -ENCIK SHAFI’E BIN IBRAHIM-



               KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN


              P1  NAMA                     RUMAH             P18  NAMA                        RUMAH
                                                              1    SITI HAJAR                 BIRU
           1    SITI NUR RESTU             HIJAU
                                                             2     FAIRUS                     MERAH
            2   TG NUR NABILAH BALQIS      BIRU
                                                             3     FATIN FARZANA              MERAH

           3    NUR NABILAH AZWANI         BIRU

           L15  NAMA                         RUMAH           L18  NAMA                       RUMAH

           1     MOHD AZIM HAZWAN            HIJAU           1    SHAZWAN ALIF               BIRU

           2     MOHD AMAR FITRI             BIRU            2    MOHD HAZIQ ASYRAF          HIJAU

           3     MOHD HAKIMI                 MERAH           3    MOHD HANAFI                BIRU
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11