Page 4 - buletin kesas
P. 4
4 BULETIN KeSaS
KENALI GURU ANDA
Pn Roziah binti Abdul Latif ,52 pengetua wanita yang pertama yang berkhidmat di SMK Kerambit
sejak dari tahun 2018 himgga kini.Beliau bersekolah menengah di SMA Padang Tengkubermula
dari tingkatan 1 - 5 pada tahun 1982 hingga 1986.Setelah tamat menduduki SPM di tingkatan 5,
beliau menyambung persekolahannya di tingkatan 6 di SMK jerantut pada tahun 1987 hingga
1988.Setelah menamatkan pelajarannya di UKM dalam bidang kewartawanan pada tahun 1989 -
1993.Setelah itu,beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang diploma pendidikan pada
tahun 1993 di Institut Bahasa,Kuala Lumpur.Setelah menamatkan pelajarannya, beliau
berkhidmat sebagai guru akademik di SMK Clifford ,Kuala Lipis bermula pada tahun 1994 - 2000.
Bermula tahun 2001, beliau mula menaburkan bakti di SMK Kerambit sebagai GPK Hal Ehwal
Murid (HEM).Kemudian beliau telah ditugaskan sebagai GPK Pentadbiran dan Kurikulum di SMK
Kerambit bermula tahun 2006 - 2016.Setelah 16 tahun mengerah keringat di SMK Kerambit ,
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai seorang pengetua di SMK Bandar Kerayong,Bera.Perkhidmatan beliau sebagai
pengetua di sekolah itu hanya selama 2 tahun.Bagai sirih pulang ke gagang,beliau kembali semula ke SMK Kerambit
sebagai pengetua yang ke 5.Beliau menjalankan tugas pengetua SMK Kerambit bermula tahun 2018 hingga kini.
Sepanjang perjalanan hidup, beliau telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan untuk berjaya.Melalui latar
belakang hidupnya ,beliau dibesarkan dalam keluarga susah di mana ayahnya bekerja sebagai penoreh getah dan
ibunya seorang suri rumah.Berbekalkan perasaan kasih sayang dan simpati terhadap keluarga,ada kalanya beliau
membantu ibu bapanya meringankan beban keluarga dengan menoreh getah dan menuai padi.Dengan berkat dan
usaha beliau, kini beliau menjadi seorang yang berjaya dan menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.
Muadzam bin Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Muazam ialah guru yang telah berbakti di
SMK Kerambit sejak 13 tahun yang lalu. Beliu adalah anak dari Mokhtar bin Ismail dan Mahun binti
Mat Amin. Beliau lahir pada tahun 1982 dan tinggal di Kampung Tanjung Gahai. Beliau ialah anak
ke-2 dari 5 orang adik beradik. Makanan yang diminati beliau sejak kecil ialah Nasi Goreng
Kampung. Perkara yang selalu dilakukan beliau ketika memunyai masa terluang ialah melukis.
Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang juru terbang. Bagi beliau juru terbang
ialah pekerjaan yang sangat hebat.
Sewaktu kecil beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gahai. Selepas tamat bersekolah di
sekolah rendah, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Beliau
mengambil aliran sastera sewaktu di tingkatan 4, 5 dan 6. Pada 2001 beliau talah dilantik untuk
menjadi ketua palajar. Kelab persatuan yang diambil beliau ialah seni visual dan unit beruniform
yang beliau masuki ialah Pengakap. Belia meminati sukan olahraga dan telah mendapat pingat
gangsa dalam acara merejam lembing. Setelah beliau menamatkan zaman persekolahan, beliau telah diterima untuk
memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang seni visual. Beliau telah mendapat Ijazah Serjana
Muda. Beliau telah menjadi guru praktikal di SMK Dong Raub dan mula mengajar di SMK Kerambit (KeSaS) pada
Januari 2007 sehingga kini. Perkara yang beliau suka terhadap SMK Kerambit pelajarnya yang berdispin, baik,
masharakat yang prihatin, mempunyai persekitaran yang bersih dan suasananya yang tenang.
Pada 2009 beliau telah dijodohkan bersama pasangan beliau iaitu Nur Hafizah binti Abdul Rashid pada umur beliau 27
tahun. Beliau dan isteri telah dikurniakan dua orang anak iaitu anak pertama Alia Amani binti Muadzam dan anak kedua
Muhamad Izzul Haq bin Muadzam. Harapan beliau ialah SMK Kerambit akan menjadi sekolah yang terbaik dalam
semua bidang dan seseorang dari pelajar SMK Kerambit akan menaikkan nama sekolah di Malaysia dan di mata dunia.