Page 8 - buletin kesas
P. 8
8 BULETIN KeSaS
Oleh : Firdaus Rafar
Petikan Menarik
“SEKOLAH DAN POLIS BERPISAH TIADA”
- Inspektor
“Polis dan Sekolah Berpisah Tiada”. Itulah antara kata-kata yang
keluar daripada mulut Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik IPD Lipis iaitu Inspektor Norsyaidatulidayu bt Mohd Salleh.
Beliau mengatakan demikian sewaktu hadir ke SMK Kerambit bagi
merasmikan dan menyampaikan watikah pelantikan bagi pimpinan
murid KeSas 2020. Beliau yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah
bagi SMK Kerambit mengungkapkan kata-kata itu bagi
menggambarkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap
antara pihak sekolah dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut beliau lagi, pihak sekolah dengan bantuan Badan Pengawas
Sekolah dapat membantu polis mengelakkan berlaku gejala tidak
bermoral dan menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau di luar sekolah. Beliau
mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih menjadi pengawas sekolah kerana
mereka merupakan murid terpilih yang dilihat oleh pihak sekolah untuk menjalankan
amanah yang besar ini. Bagi beliau, pengawas merupakan mata-mata bagi guru dan
pihak sekolah untuk membantu menangani masalah disiplin. Beliau mengharapkan
pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan tidak takut untuk
melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid sekolah ini.
Pada majlis itu juga, belaiu menasihati murid supaya mengikut peraturan yang
ditetapkan dan menjauhkan diri dari gejala yang negatif. Pada majlis itu juga, beliau
mengingatkan para murid yang hadir ke sekolah untuk memakai topi kaledar untuk
keselamatan diri. Pihak polis sentiasa memantau perkembangan murid-murid dan akan
ambil tindakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan itu.