Page 4 - QFacts_PDPLI17_Neat
P. 4
Kod Sinopsis
ASAS PENDIDIKAN
EDU2043 Kursus ini merangkumi pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid sekolah menengah; peranan guru dalam
menguruskan persekitaran, komunikasi dan interaksi bilik darjah; model-model pengurusan disiplin bilik darjah; pengurusan
tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah; kemahiran asas bimbingan dan kaunseling serta membina pelan pengurusan
bilik darjah yang berkesan.
EDU2053 Kursus ini membincangkan konsep dan amalan teknologi dan media pengajaran; pembangunan media pengajaran serta
peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengaplikasian kemahiran teknikal dalam mengubah suai dan
menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan.
EDU2063 Kursus ini membincangkan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran; tujuan pentaksiran; prinsip
pentaksiran; jenis pentaksiran; merungkai standard dan penjajaran konstruktif; pentaksiran berasaskan sekolah; reka
bentuk dan pembinaan ujian; penskoran dan penggredan; analisis item; pelaporan dan interpretasi serta isu-isu dan
cadangan berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah menengah di Malaysia.
TERAS
PKBK2023M Kursus ini memberi pendedahan tentang definisi dan konsep, pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran khas dalam kalangan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kursus ini juga memberi penekanan
tentang kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Multimedia. Kursus ini turut membincangkan sukatan pelajaran, perancangan pengajaran, aplikasi aktiviti,
pembinaan bahan bantu dan pengajaran mikro bagi murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
PKBK2033M Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan penggunaan dan pelaksanaan pentaksiran dalam
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Pelajar akan diajar membina pelbagai
jenis instrumen yang membolehkan mereka mengumpul maklumat dalam pelbagai bidang yang penting untuk tujuan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid yang diajar. Dengan maklumat yang dikumpul, pelajar dapat mengenal
pasti objektif-objektif pengajaran dan menjalankan pengajaran dengan lebih berfokus dan berkesan.
ELEKTIF TERAS
PKBK2053M Kursus ini memfokus kepada kemahiran asas untuk berdikari yang perlu diajar kepada murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran. Kursus ini merangkumi topik-topik yang berkaitan konsep kemahiran asas untuk berdikari, yang meliputi
pengurusan rumah tangga, kemahiran memasak, kemahiran menjahit, kemahiran berkebun, kemahiran memelihara
haiwan, kemahiran urus diri, keselamatan diri dan etika.