Page 5 - QFacts_PDPLI17_Neat
P. 5

Kod   Sinopsis
 ASAS PENDIDIKAN
 EDU2043   Kursus  ini  merangkumi  pengurusan  bilik  darjah  dan  tingkah  laku  murid  sekolah  menengah;  peranan  guru  dalam
 menguruskan persekitaran, komunikasi dan interaksi bilik darjah; model-model pengurusan disiplin bilik darjah; pengurusan

 tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah; kemahiran asas bimbingan dan kaunseling serta membina pelan pengurusan
 bilik darjah yang berkesan.

 EDU2053   Kursus ini membincangkan konsep dan amalan teknologi dan media pengajaran;  pembangunan media pengajaran serta
 peranan  media  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran,    pengaplikasian  kemahiran  teknikal  dalam  mengubah  suai  dan
 menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan.

 EDU2063   Kursus  ini  membincangkan    konsep  pengujian,  pengukuran,  penilaian  dan  pentaksiran;  tujuan  pentaksiran;  prinsip
 pentaksiran;  jenis  pentaksiran;  merungkai  standard  dan  penjajaran  konstruktif;  pentaksiran  berasaskan  sekolah;    reka
 bentuk  dan  pembinaan  ujian;  penskoran  dan  penggredan;  analisis  item;  pelaporan  dan  interpretasi  serta  isu-isu  dan
 cadangan berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah menengah di Malaysia.


 TERAS
 PKBK2023M   Kursus  ini  memberi  pendedahan    tentang  definisi  dan  konsep,  pendekatan,  kaedah  dan  strategi  pengajaran  dan
 pembelajaran  khas  dalam  kalangan  murid  Pendidikan  Khas  Masalah  Pembelajaran.  Kursus  ini  juga  memberi  penekanan
 tentang kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
 Matematik dan Multimedia. Kursus ini turut membincangkan  sukatan pelajaran, perancangan pengajaran, aplikasi aktiviti,

 pembinaan bahan bantu dan pengajaran mikro bagi murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

 PKBK2033M   Kursus  ini  bertujuan  memberi  pengetahuan  kepada  pelajar  berkaitan  penggunaan  dan  pelaksanaan  pentaksiran  dalam
 Kurikulum  Standard  Sekolah  Menengah  Pendidikan  Khas  Masalah  Pembelajaran.    Pelajar  akan  diajar  membina  pelbagai
 jenis  instrumen  yang  membolehkan  mereka  mengumpul  maklumat  dalam  pelbagai  bidang  yang  penting  untuk  tujuan
 mengenal pasti kekuatan  dan kelemahan murid yang diajar. Dengan maklumat yang dikumpul, pelajar dapat mengenal
 pasti objektif-objektif pengajaran dan menjalankan pengajaran dengan lebih berfokus dan berkesan.

 ELEKTIF TERAS

 PKBK2053M   Kursus  ini  memfokus  kepada  kemahiran  asas  untuk  berdikari  yang  perlu  diajar  kepada  murid  Pendidikan  Khas  Masalah
 Pembelajaran.  Kursus  ini  merangkumi  topik-topik  yang  berkaitan  konsep  kemahiran  asas  untuk  berdikari,  yang  meliputi
 pengurusan  rumah  tangga,  kemahiran  memasak,  kemahiran  menjahit,  kemahiran  berkebun,  kemahiran  memelihara
 haiwan, kemahiran urus diri, keselamatan diri dan etika.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10