Page 14 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SK TAPAH 2020
P. 14
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK
1.10 TUGAS MENGAJAR DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
1.10.1 Masa mengajar yang diperuntukan hendaklah digunakan sepenuhnya dalam pelbagai aktiviti
murid kearah pencapaian objektif pelajaran.
1.10.2 Perhatian hendaklah diberi kepada hasil kerja murid.Dengan itu guru hendaklah memberi
perhatian pada latihan di dalam kelas dan juga kerja rumah. Kerja-kerja ini hendaklah
diperiksa dan maklum balas di sampaikan kepada murid dengan secepat mungkin.
1.10.3 Amalan yang kurang berkesan seperti mengajar sambil duduk tidak digalakkan kecuali kes-
kes tertentu.
1.10.4 Waktu tidak mengajar / waktu terluang ( free period) itu adalah masa bekerja.Masa ini boleh
digunakan untuk:-
Menjadi guru ganti
Membuat persediaan mengajar
Memeriksa buku-buku latihan murid
Mengadakan pertemuan khas dengan murid yang bermasalah
Tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.
Tugas guru ganti.
Guru ganti hendaklah mengajar atau melibatkan murid-murid dalam aktiviti yang
mendatangkan faedah kepada mereka.
Pastikan pelan kedudukan kelas ditetapkan supaya murid dapat menjaga kerusi meja
masing-masing.
DAFTAR KEDATANGAN MURID.
Guru kelas bertanggungjawab mengisi kedatangan murid.
Kedatangan murid hendaklah diisi selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.
Adalah menjaditanggungjawab guru kelas untuk berhubung melalui surat / telefon
jika didapati murid tidak hadir.
Tidak hadir 3 hari berturut-turut/pola - diberi surat amaran 1
Selepas 1 minggu/kesalahan ke 2 - diberi surat amaran 2
Selepas 1 minggu/kesalahan ke 3 - diberi surat amaran 3
Selepas 1 minggu - surat pemberitahuan/
amaran terakhir
( Pengeluaran surat amaran ditanda dalam buku jadual kedatangan )