Page 17 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SK TAPAH 2020
P. 17
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK
LATAR BELAKANG
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang
memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan
berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab
secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah
piawaian kualiti.
FUNGSI JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
1. Menentukan maklamat sekolah menjadi Sekolah Harapan Daerah Batang Padang.
2. Menentukan Visi dan Misi Sekolah (seperti dalam buku organisasi).
3. Menentukan dan Menetapkan Dasar Sekolah seperti berikut:-
3.1 Dasar Kurikulum
Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan
dasar yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Akta Pendidikan Negeri.
Merancang melaksanakan projek peningkatan akademik
Pencapaian UPSR minima 70%
Penguasaan 3M 100%
Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris meningkat
Pencerapan dan pemantauan sekurang-kurangnya 2 kali setahun kepada semua
guru dan pemeriksaan buku latihan murid sekurang-kurangnya 2 kali setahun
3.2 Dasar Peperiksaan
1 kali Peperiksaan Pertengahan Tahun
1 kali Peperiksaan Akhir Tahun
1 kali Percubaan UPSR
1 kali Pengesanan UPSR
1 kali Ujian Rasmi
Soalan disediakan oleh guru atau dibeli
Peratusan berdasarkan UPSR