Page 19 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SK TAPAH 2020
P. 19
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK
SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN DENGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Surat Pekeliling Ikhtisas .Bil 2/1981 : Ketetapan Masa Di Sekolah-sekolah
Adalah diharapkan bahawa semua guru diingatkan dari semasa ke semasa tentang tanggungjawab
mereka untuk mengamalkan ketetapan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah ,baik semasa
datang ke sekolah ataupun balik dari sekolah, mahupun ketika mahu memasuki bilik darjah atau
menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketetapan masa bermakna seseorang guru itu
hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya.
Surat Pekeliling Ikhtisas .Bil 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang
(Free Period) Oleh Guru- guru.
Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.
Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk :
Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar.
Membuat persediaan untuk mengajar
Memeriksa buku latihan murid
Mengadakan pertemuan khas dengan murid yang bermasalah.
Penyediaan aktiviti kokurikulum.
Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan
Surat Pekeliling Ikhtisas .Bil 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran oleh Guru Besar/
Pengetua
Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas .Bil 4/1984 : Perhimpunan Sekolah
Diadakan pada setiap minggu persekolahan dan hendaklah dianggap sebagai satu majlis rasmi di
peringkat sekolah
Perhimpunan sekolah harus mewujudkan satu suasana yang teratur ,tertib dan penuh hormat di
mana setiap individu dalam perhimpunan itu hendaklah mematuhi nilai, norma dan peraturan
perhimpunan tersebut.
Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada dalam majlis perhimpunan itu dan bersama-
sama menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah dengan betul dan penuh
semangat.
Surat Pekeliling Ikhtisas .Bil 3/1999 : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
Mengandungi Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian .
Objektif , bagaimanakah cara untuk mencapai objektif dan sejauh mana objektif tercapai.
(Catatan impak mesti ditulis)