Page 13 - PENGURUSANSKTAPAH
P. 13
UNIT KURIKULUM 2020
1.2 PERATURAN AM UNTUK GURU
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan tingkah laku yang
baik kepada murid-murid mereka dan oleh kerana itu adalah diharapkan semua guru akan
memberi pengaruh yang baik dan menjadi contoh dalam perkara ini.
( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/76)
1.3 PERINTAH AM
Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam
perintah Am dan arahan pentadbiran.Guru-guru dinasihatkan meneliti,memahami dan
mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen yang terdapat di dalam buku tersebut,khasnya
Bab C (cuti) dan Bab D ( kelakuan dan tatatertib)
Sebagai pendidik, guru juga hendaklah memahami , menghayati dan mempraktikkan
tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
1.4 KEHADIRAN BERTUGAS
1.4.1. Kehadiran Harian
Guru-guru dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 7.15 pagi dan
balik pada pukul 1.30 petang (Isnin, Selasa dan Khamis), 4.30 petang (Rabu)
dan 11.50 pagi (Jumaat).
Mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila datang untuk bertugas semula
Mengemukakan Sijil Cuti Bersalin seberapa segera yang boleh dan berjumpa Guru
Besar apabila datang untuk bertugas semula.
Kehadiran untuk mesyuarat dan acara khas sekolah:-
Semua guru diwajibkan hadir bagi mesyuarat dan majlis-majlis tersebut seperti
Olahraga Tahunan, Hari Anugerah,Mesyuarat Agung PIBG dan juga semua
perjumpaan Kemajuan Staf. Guru hendaklah menandatangai waktu kehadiran.
Guru-guru yang tidak dapat hadir hendaklah menerangkan secara bertulis
kepada Guru Besar.
1.5 MEMOHON KELUAR
Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa persekolahan tanpa
kebenaran Guru Besar.
Guru-guru tidak dibenarkan keluar pada waktu sekolah atas urusan peribadi.
Guru-guru yang terpaksa keluar hendaklah mencatat di dalam buku kebenaran keluar.
1.6 GURU-GURU YANG BERCUTI / BERTUGAS LUAR / KURSUS
Menyediakan kerja / latihan untuk murid
Guru-guru yang mengetahui terlebih dahulu yang mereka akan bercuti atau tidak akan
berada di sekolah atas sebab tertentu seperti menghadiri mesyuarat,kursus,cuti bersalin,cuti
tanpa rekod / tanpa gaji, cuti rehat khas hendaklah menyedia dan menyerahkan rancangan
kerja untuk murid-murid bagi tempoh ketiadaan guru tersebut kepada Penolong Kanan.
Ini akan digunakan sebagai panduan untuk guru-guru ganti.
Menyelesaikan kerja-kerja biasa
Sekiranya tempoh cuti jatuh dalam tempoh pelaksanaan kerja-kerja pemeriksaan kertas
peperiksaan kertas, peperiksaan sekolah atau menyediakan rekod pelajar, tugas-tugas ini
hendaklah dijalankan dengan sempurna.
Laporan menghadiri Mesyuarat / Kursus
Laporan bertulis mengenai mesyuarat yang dihadiri hendaklah ditulis di dalam Buku Minit
Curai di pejabat untuk diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan supaya tindakan
susulan dapat diambil.