Page 15 - PENGURUSANSKTAPAH
P. 15

UNIT KURIKULUM                2020









             1.10   TUGAS MENGAJAR DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

                    1.10.1  Masa mengajar yang diperuntukan hendaklah digunakan sepenuhnya dalam pelbagai aktiviti
                           murid kearah pencapaian objektif pelajaran.
                    1.10.2  Perhatian hendaklah diberi kepada hasil kerja murid.Dengan itu guru hendaklah memberi
                           perhatian pada latihan di dalam kelas dan juga kerja rumah. Kerja-kerja ini hendaklah
                           diperiksa dan maklum balas di sampaikan kepada murid dengan secepat mungkin.
                    1.10.3  Amalan yang kurang berkesan seperti mengajar sambil duduk tidak digalakkan kecuali kes-
                           kes tertentu.

                    1.10.4  Waktu tidak mengajar / waktu terluang ( free period) itu adalah masa bekerja.Masa ini boleh
                           digunakan untuk:-

                           Menjadi guru ganti
                           Membuat persediaan mengajar
                           Memeriksa buku-buku latihan murid
                           Mengadakan pertemuan khas dengan murid yang bermasalah
                           Tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.


                           Tugas guru ganti.
                           Guru ganti hendaklah mengajar atau melibatkan murid-murid dalam aktiviti yang
                           mendatangkan faedah kepada mereka.

                           Pastikan pelan kedudukan kelas ditetapkan supaya murid dapat menjaga kerusi meja
                           masing-masing.


                        DAFTAR KEDATANGAN MURID.


                           Guru kelas bertanggungjawab mengisi  kedatangan murid.

                           Kedatangan murid hendaklah diisi selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.

                           Adalah  menjaditanggungjawab guru kelas untuk berhubung melalui surat  /  telefon
                            jika didapati murid tidak hadir.


                           Tidak hadir 3 hari berturut-turut/pola   -   diberi surat amaran 1

                           Selepas 1 minggu/kesalahan ke 2     -      diberi surat amaran 2

                           Selepas 1 minggu/kesalahan ke 3     -      diberi surat amaran 3

                           Selepas 1 minggu                    -      surat pemberitahuan/
                                                                      amaran terakhir


                           ( Pengeluaran surat amaran ditanda dalam buku jadual kedatangan )
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20