Page 6 - Nilai Shahid al-Quran
P. 6

PENGHARGAAN


                       Alhamdulillah  segala  puji  tertentu  bagi  Allah  s.w.t.,  Tuhan  yang  mencipta  sekalian
                       alam  sebagai  saksi  keagungan  dan  kekuasaan-Nya.  Selawat  dan  salam  ke  atas
                       junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang diutus sebagai penyuluh dan pemandu
                       ke jalan kebenaran, kaum  kerabat  Baginda, para Sahabat  dan mereka  yang sentiasa
                       menjadikan Baginda sebagai ikutan dan model dalam mengharungi kehidupan.


                              Setinggi-tinggi  penghargaan  diucapkan  kepada  Kementerian  Pendidikan
                       Malaysia  yang  telah  menaja  sepenuhnya  usaha  penyelidikan  ini  melalui  program
                       Hadiah  Latihan  Persekutuan  (HLP).  Penghargaan  dan  terima  kasih  yang  tidak
                       terhingga diucapkan kepada penyelia kajian, iaitu Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab.
                       Halim dan Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
                       panduan berguna, kata-kata semangat dan doa ikhlas di sepanjang perjalanan musafir
                       ilmu kajian ini. Sesungguhnya peluang berada di bawah seliaan mereka berdua adalah
                       pengalaman manis yang indah dibawa sebagai kenang-kenangan dan turut dipanjatkan
                       dalam doa untuk kebaikan.


                              Penghargaan  juga  ditujukan  buat  para  pemeriksa  tesis  ini  pada  peringkat
                       mempertahankan proposal, iaitu Dr. Nurazan binti Mohmad Rouyan; pre-viva, iaitu
                       Dr. Suzana binti Sulaiman; dan viva voce, iaitu Prof. Madya Dr. Zamri Arifin (UKM)
                       dan Prof. Madya Dr. Daud bin Ismail. Teguran dan komentar mereka telah membantu
                       meningkatkan kualiti kandungan dan persembahan kajian ini.


                              Penghargaan turut dititipkan kepada pihak Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu
                       Kelantan  khususnya  tuan  guru  Haji  Wan  Mohamed  bin  Wan  Osman  selaku  Mudir
                       yang mengizinkan kajian ini dilakukan di Pondok ini. Begitu juga para tuan gurunya
                       terutama ustaz Anuar bin Mua‟ai, ustaz Supia Sughari bin Awang @ Hj. Awang dan
                       ustaz Wan Ali Subramallisi bin Wan Muhamed yang menyumbang secara langsung
                       sebagai  peserta  kajian.  Tidak  dilupakan  sahabat-sahabat  seperguruan  kelas  kitab
                       Tashil  yang  berlangsung  di  Pondok  ini  mulai  24.03.2015  sehingga  09.03.2016
                       terutama saudara Abdul Aziz bin Osman yang terlibat secara langsung sebagai peserta
                       temu bual dan rakan-rakan lain yang terlibat dalam sesi pemerhatian.

                              Penghargaan yang sama juga ditujukan kepada; Pondok Sungai Durian, Kuala
                       Krai  Kelantan terutama  Dr. Haji  Abdul Basit Abdul  Rahman, tuan  guru ustaz  Haji
                       Abdul Rahim bin Muda dan ustaz Haji Abdul Kadir Yaasin; Pondok Moden Yayasan
                       Islam Kelantan, Bachok khususnya tuan guru ustaz Fuad Imran; Syarikat Khazanah
                       Fataniyah,  Kuala  Lumpur  khususnya  ustaz  Azrul  bin  Basarudin  yang  turut  terlibat
                       secara langsung memberi idea sebelum dan semasa kajian ini dijalankan.

                              Terima kasih yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada semua pakar rujuk
                                                                    c
                       kajian  terutama  Prof.  Dr.  Abd  al-Qadir  al-Sa adi  (Universiti  Sharjah,  UAE),  Prof.
                       Madya Dr. Azhar Mohammad dan Dr. Noor Hisham Md. Nawi (UMK), Dr. Mohd
                       Haidi Mohd Kasran dan Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob (IPGM).

                                                                v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11