Page 3 - eBOOK_Buku Ringkas Penerangan TH
P. 3
BUKU RINGKAS PENERANGAN ISU TABUNG HAJI
6. Kerajaan Pakatan Harapan menyokong penuh pelan penstrukturan dan pemulihan
TH sebagaimana yang telah di rangka oleh pengurusan dan pentadbiran baru
TH.
7. Demi memastikan institusi umat Islam ini terus terbela, Kerajaan Pakatan
Harapan memberi komitmen melalui suntikan dana berjumlah RM17.8 bilion
untuk membantu proses pemulihan TH. Aset-aset yang kurang berdaya saing
dan mengalami kejatuhan nilai berjumlah RM9.7 bilion telah dipindahmilik ke
sebuah Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle, SPV) iaitu Urusharta
Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki oleh Kerajaan pada harga RM19.9 billion
bagi menutup kekurangan aset yang telah menjangkau lebih RM10 bilion.
8. Menerusi pelan pemulihan ini juga, TH telah berjaya mencatatkan
jumlah aset RM76.5 bilion berbanding jumlah tanggungan
RM75.5 bilion pada hujung 2018, sekaligus membolehkan TH
mengagihkan hibah berjumlah RM913 juta.
9. Alhamdulillah, dengan tadbir urus yang baik dan telus, TH terus bergerak
ke hadapan dengan lebih maju dan efisien. Kedudukan kewangan TH kini
kembali pulih dan jurang defisit yang dialami sebelum ini telah berjaya ditutup.
Sesungguhnya semua usaha ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit
TH dan kebajikan umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.
10. Insya Allah, dengan usaha penstrukturan dan pelan pemulihan
yang diusahakan ini, adalah tidak mustahil kadar agihan
hibah yang lebih tinggi dan subsidi kepada jamaah haji
dapat diteruskan pada masa akan datang. Bersamalah
kita doakan semoga TH terus maju, lebih baik dan kekal
sebagai institusi pengurusan haji terbaik di dunia. Amin.
YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
1