Page 5 - eBOOK_Buku Ringkas Penerangan TH
P. 5
BUKU RINGKAS PENERANGAN ISU TABUNG HAJI
3 PERSOALAN UTAMA
1 Bilakah masalah ini mula dikesan?
Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz pernah menulis surat pada 23 Disember
2015 untuk memberi amaran bahawa TH mengalami
masalah kekurangan aset tetapi amaran tersebut
tidak diendahkan.
2 Kenapa TH perlu diselamatkan?
Kerana TH adalah institusi penting umat Islam
di Malaysia.
3 Apakah peranan Jabatan Perdana
Menteri dalam menyelamatkan TH?
Jabatan Perdana Menteri, secara khususnya Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri
Dr Mujahid Yusof Rawa, bertanggungjawab ke
atas pengurusan dan prestasi TH. Oleh itu, adalah
menjadi kewajipan Jabatan Perdana Menteri untuk
menyelamatkan institusi umat Islam ini.
1 4