Page 4 - Emajalah 1 Malaysia
P. 4

PENGENALAN






                                    Salam 1 Malaysia adalah ungkapan yang sering diungkapkan dalam majlis-majlis

                        rasmi mahupun penulisan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai

                        jenis kaum. Antaranya ialah Melayu, Cina, India dan lebih daripada 40 suku etnik di

                        Sabah dan Sarawak. Dengan yang demikan, masyarakat di Malaysia adalah
                        masyarakat majmuk yang sangat unik kerana diwarnai dengan pelbagai jenis

                        kebudayaan mengikut kaum masing-masing. Sebenarnya, pembentukkan masyarakat

                        majmuk di Malaysia telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang
                        mana pada waktu itu ramai pedagang-pedagang dari luar seperti China dan India

                        datang berdagang di Tanah Melayu terutamanya di Melaka.




                                    Setelah lama berada di bumi Melaka, ada diantara pedagang ini telah
                        membina penempatan, ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan malahan

                        ada pedagang ini terlibat dengan pentadbiran kerajaan Melaka. Jadi tidak hairanlah

                        mengapa masyarakat di negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum kerana telah
                        wujud sejak dahulu lagi. Terdapat juga etnik yang baru hasil perkahwinan campur

                        dengan bangsa lain seperti Baba dan Nyonya yang tertumpu di Melaka dan Golongan

                        Mami yang kebanyakannya menetap di Pulau Pinang. Variasi seperti inilah yang
                        mewarnai kepelbagaian masyarakat di negara kita.

                                                                                                                                                                                      2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9