Page 5 - Emajalah 1 Malaysia
P. 5
Namun begitu, pembentukkan negara bangsa Malaysia melalui zaman yang sukar
dalam proses membina negara seterusnya bangsa yang mana secara realitinya
Malaysia mampu membina negara tetapi kabur dalam konteks bangsanya. Harus
difahami bahawa inilah realitinya apabila negara ini dibentuk dengan masyarakat
yang majmuk. Kesukaran yang dialami Malaysia ialah untuk mengikat bangsanya
melalui agama, bahasa, dan budaya. Namun begitu, cabaran yang paling besar
dalam konteks pembinaa negara bangsa ialah membinanya dan memperkukuhkan
perpaduan.
Justeru itu, pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan dengan
matlamatnya adalah untuk perpaduan seperti kewujudan Rukun Negara, Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK ), Integrasi Nasional, dan
yang terbaru adalah 1Malaysia. Melalui dasar-dasar yang diwujudkan ini bukan sahaja
untuk mencapai matlamat perpaduan malah juga negara ini diharapkan akan terus
dipacu hingga menjadi negara yang maju dan kompetetif dari segi politik, ekonomi,
dan sosial.
3