Page 7 - Emajalah 1 Malaysia
P. 7
Antara kepentingannya ialah dapat mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di
negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Selain itu, dapat sikap
penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dapat dipupuk, di mana
sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain yang seadanya agar kita dapat hidup
bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara. Seterusnya, dapat membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum
agar perpaduan yang lebih erat dapat dijalinkan. Di samping itu, konsep
1Malaysia juga dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Hal ini demikian kerana
negara yang aman dan damai tanpa adanya konflik di antara kaum dapat menarik
minat pelabur asing dan syarikat antarabangsa untuk melabur di negara kita lalu
meningkatkan ekonomi negara malah dapat mewujudkan peluang perkerjaan
kepada rakyat.
5