Page 112 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 112

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


               8.5    Sentiasa berhubung dengan guru bimbingan untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga
                      turut membantu murid-murid yang bermasalah
               8.6    Sentiasa berusaha untuk menanamkankan semangat patuh kepada arahan sekolah dalam kalangan
                      murid
               8.7    Bekerjasama dengan guru bertugas dan jawatankuasa disiplin sekolah untuk menguruskan kawalan
                      murid pada hari perhimpunan rasmi dan juga majlis – majlis rasmi sekolah
               8.8    Sentiasa memastikan sistem pengurusan fail berada dalam keadaan baik, terkini dan sistematik
               8.9    Mencadangkan pelantikan pengawas sekolah
               8.10   Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh  guru  besar dan pihak yang telah diberi kuasa dari
                      masa ke semasa

               9      KETUA PANITIA
               9.1    Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang terkini
               9.2    Menentukan  penggunaan  alat  bantu  mengajar  dan  kaedah-kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran
                      yang terkini dan relevan
               9.3    Menyelaras penyediaan kertas-kertas soalan peperiksaan dalaman
               9.4    Membuat analisa peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan serta menentukan tindakan susulan
                      yang bersesuaian untuk meningkatkan pencapaian akademik melalui:
                              a.     Kelas tambahan
                              b.     Seminar menjawab soalan
                              c.     Bengkel peningkatan kemahiran murid
                              d.     Peraduan atau pertandingan tertentu yang bersesuaian
                              e.     Perbincangan profesional
               9.5    Menentukan  jenis-jenis  buku  yang  perlu  untuk  rujukan  guru  dan  pusat  sumber  sekolah  bagi
                      kegunaan murid
               9.6    Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang
                      digunakan
               9.7    Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran jika diperlukan
               9.8    Memastikan  papan  kenyataan  panitia  sentiasa  dalam  keadaan  baik  dan  mempunyai  maklumat
                      terkini
               9.9    Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan atau buku kerja bagi setiap kelas jika diperlukan
               9.10   Membuat  anggaran  perbelanjaan  tahunan  serta  membelanjakan  peruntukan  yang  diperolehi
                      mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan
               9.11   Memastikan system fail panitia dalam keadaan baik, mudah akses, terkini dan sistematik
               9.12   Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun
               9.13   Menjalankan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

               10     GURU PERPUSTAKAAN
               10.1   Menyediakan Peraturan
                      10.1.1  Mengurus pelantikan pengawas perpustakaan
                      10.1.2  Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
                      10.1.3  Memastikan peraturan tersebut difahami dan dipatuhi oleh semua murid
                      10.1.4  Melatih pustakawan yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan  pengoperasian
                              perpustakaan

                                                                112
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117