Page 114 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 114

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


               10.8   Penyemakan/Hapus Kira Buku Stok
                      10.8.1  Mencadangkan buku-buku yang sesuai untuk dihapuskira
                      10.8.2  Menyemak/menutup stok pada akhir tahun

               11.    GURU PENASIHAT PERSATUAN
               1.1    Bertanggungjawab  menasihati,  membimbing  dan  mengawal  sisinan  dan  perjalanan  persatuan
                      supaya benar-benar teratur dan bergerak.
               11.2   Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada  peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan
                      kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli seperti:
                      a.      Menganjur/menyertai peraduan-peraduan
                      b.      Mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai
                      c.      Mengadakan akticiti lawatan sambal belajar
                      d.      Kegiatan-kegiatan lain
               11.3   Membimbing  ahli  jawatankuasa  dan  ahli  persatuan  dalam  memahami  peraturan-peraturan
                      persatuan.
               11.4   Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran.
               11.5   Menentukan  rancangan  kegiatan  tahunan  dibuat  dan  disampaikan  kepada  guru  besar  di  awal
                      penggal persekolahan
               11.6   Memastikan system pengurusan fail di uruskan dengan baik, terkini dan sistematik


               12.    GURU PENASIHAT PERMAINAN SUKAN
               12.1   Memajukan kemahiran dan minat murid dalam permainan sukan yang diminati
               12.2   Membantu, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang di rangka
               12.3   Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam permainan itu.
               12.4   Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk sebarang bentuk perlawanan.
               12.5   Menganjurkan perlawanan.
               12.6   Menguruskan  pengangkutan  untuk  pasukan  sekolah  ke  pertandingan  luar  termasuk  surat
                      kebenaran ibu bapa dan memastikan murid-murid itu dilindungi insuran.
               12.7   Melaporkan  dan  merekodkan  keputusan-keputusan  pertandingan  yang  disertai  oleh  pasukan
                      sekolah dan pertandingan sekolah.
               12.8   Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan permainan.
               12.9   Memastikan pasukan sekolah mempunyai semangat kesukanan yang tinggi disamping menjunjung
                      undang-undang sekolah.
               12.10  Memastikan peralatan dan gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat
                      digunakan.
               12.11  Merancang dengan guru-guru tentang aktiviti tahunan/sekolah pada awal penggal.
               12.12  Menilai prestasi pasukannya dalam permainan
               12.13  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

               13.    SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM
               13.1   Seorang  pengurus  bagi  pihak  Guru  Besar  bagi  menjamin  segala  pendaftaran  untuk  peperiksaan
                      awam dilaksanakan dengan baik
               13.2   Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.


                                                                114
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118