Page 16 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 16

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                                             PERATURAN AM SEKOLAH



               1.     Waktu persekolahan rasmi adalah seperti berikut :

                   i.   Isnin hingga Rabu          Tahun 1,2 dan 3           7.45 pagi hingga 1.05 tengahari

                    ii.   Isnin hingga Khamis      Tahun 4,5 dan 6           7.45 pagi hingga 1.05 tengahari

                   iii.   Khamis                   Tahun 1,2 dan 3           7.45 pagi hingga 12.05 tengahari

                   iv.   Jumaat                    Tahun 1,2,3,4,5 dan 6     7.45 pagi hingga 12.05 tengahari

                   v.   Isnin hingga Jumaat        Prasekolah                8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
                                                                             Kecuali Isnin bermula jam 7.40 pagi
                                                                             (perhimpunan mingguan)

                   vi.   Rabu                      Tahun 3,4,5 dan 6             2.00 petang hingga 4.00 petang
                                                   ( Aktiviti Kokurikulum )



               2.     Semua guru dan PPM wajib hadir perhimpunan mingguan (pagi Isnin) di Dataran Ilmu

               3.     Guru-guru diwajibkan menghadirkan diri dalam semua upacara rasmi sekolah samada yang
                      dijalankan pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

               4.     Cuti guru adalah tertakluk kepada cuti rasmi persekolahan tetapi guru-guru boleh   dipanggil
                      bertugas pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.

               5.     Guru-guru, staf sokongan, dan PPM perlu merekodkan waktu datang dan balik dalam Sistem
                      Perakam Waktu . Sekiranya menjalankan tugas di luar pejabat perlulah  mengisi borang
                      pelepasan serta mendapatkan tandatangan Guru Besar atau   Penolong Kanan untuk
                      kelulusan sebelum keluar berkursus   dan lain-lain.

               6.     Guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut masa yang diperuntukkan. Sekiranya  guru
                      tidak dapat hadir ke kelas, guru perlu memaklumkan kepada GPK Kurikulum untuk  urusan guru
                      ganti.

               7.     Guru diwajibkan menghantar buku persediaan mengajar kepada Guru Besar atau Penolong  Kanan
                      pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani.
               8.     Sila hubungi Guru Besar atau Penolong Kanan  dengan segera sekiranya guru tidak   dapat hadir
                      bertugas.

               9.     Sila kemaskini Sijil Cuti Sakit untuk disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan  sekiranya guru
                      terpaksa mengambil cuti sakit.








                                                                 16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21