Page 19 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 19
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
7.2 Cuti Sakit
7.2.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari
dalam setahun.
7.2.2 Cuti sakit kerajaan yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada
berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk
menentukan pembayaran gaji.
7.2.3 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doctor swasta yang melebihi dua hari bertirit-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.2.4 Surat Cuti Sakit (MC) hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan
untuk pengesahan dan seterusnya di serahkan ke pejabat.
7.3 Cuti tanpa gaji
7.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
7.3.2 Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti
rehat telah habis.
7.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
7.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali
dalam tempoh 4 tahun.
7.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
7.3.6 Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
7.3.7 Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10
minggu sebelum tarikh mula bercuti.
7.4 Cuti Rehat Khas
7.4.1 Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
7.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun (Dengan syarat tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran)
7.5 Cuti Ke Luar Negara
7.5.1 Semua yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan
Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 10
minggu sebelum tarikh bercuti.
8.0 PAKAIAN
8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
timur.
19