Page 24 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 24
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
2.13 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi.
3.0 REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
3.1 Semua guru mestilah menyediakan Rekod Persediaan Mengajar dengan sempurna.
3.2 Rekod Persediaan Mengajar mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk
disemak dan diperiksa pada hari yang ditetapkan.
3.3 Rekod Persediaan Mengajar ialah dokumen penting mengikut Undang-undang Sekolah Akta
Pendidikan 1996 dan Pekeliling 3/1999 dan diserahkan kepada Guru Besar pada akhir
tahun.
3.4 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
4.0 GURU KELAS
4.1 Bertanggungjawab terhadap disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya.
4.2 Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru
Besar dan Penolong Kanan
4.3 Mengambil tindakan sewajarnya berkaitan dengan :-
4.3.1 Jadual Kedatangan
4.3.2 Kutipan yuran/pelbagai bayaran
4.3.3 Buku/Kad Laporan Kemajuan Pendidikan
4.3.4 Buku/Kad Pelaporan Gerak Kerja Kokurikulum
4.3.5 Kad Kesihatan dan Kad Pergigian
4.4 Menyedia dan mempamerkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Tugasan Murid di
dalam kelas.
4.5 Menyusun barang dan alatan di dalam kelas untuk mewujudkan suasana bilik
darjah yang kondusif.
5.0 GURU KHAS/BUKAN GURU KELAS
5.1 Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti/mengambil alih tugas
sementara kerana ketiadaan guru kelas.
5.2 Membantu guru kelas dan boleh diberi masa yang lebih untuk mengajar.
5.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajaran khusus yang diajar seperti
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dan sebagainya.
5.4 Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapkan dengan alatan mengajar yang sesuai.
5.5 Membuat dan melaksanakan tangggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh
Guru Besar dan Penolong kanan.
24