Page 26 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 26
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
10 PROGRAM PENINGKATAN :
10.1 Mengadakan program peningkatan akademik berdasarkan kajian dan keperluan sekolah.
10.2 Merancang, melaksana, menilai dan menambah baik program.
10.3 Memastikan semua panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan
akademik
11 PERKEMBANGAN STAF
11.1 Mengedar dan memproses borang keperluan latihan
11.2 Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran.
12 BILIK-BILIK KHAS
12.1 Semua guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik khas seperti
bilik makmal sains, bengkel KH, bilik SAL, bilik matematik, PSS, bilik pemulihan, makmal
komputer, surau, bilik muzik, bilik pendidikan seni dan bilik- bilik khas yang lain.
12.1 Semua kunci bilik-bilik khas hendaklah disimpan di pejabat.
13 BUKU RUJUKAN GURU
13.1 Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada
hujung tahun atau apabila bertukar.
13.2 Sebarang kerosakan atau kehilangan perlu dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan.
14 BUKU LATIHAN / RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN
14.1 Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah
diperiksa selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
14.2 Latihan dan ujian topikal diberi mengikut keperluan untuk mengetahui tahap
pencapaian/prestasi murid-murid.
14.3 Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku
rampaian/latihan dan buku kerja murid sebanyak enam (6) buah atau bilangan
yang diambil secara rawak.
14.4 Laporan Kemajuan Prestasi pengajaran dan pembelajaran murid hendaklah
dilengkapkan.
Nota: Tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah
26