Page 30 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 30
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
9.6 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara seperti berikut :
9.6.1 Keselamatan Jalan Raya
9.6.2 Jenayah Juvana
9.6.3 Pertolongan Cemas
9.6.4 Penyalahgunaan dadah
Nota: Tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah
PERATURAN-PERATURAN KOKURIKULUM
1.0 KOKURIKULUM
1.1 Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan
Penolong Kanan Kokurikulum ialah naib pengerusi.
1.2 Anggota Jawatankuasa terdiri daripada :
1.2.1 Setiausaha Aktiviti Kokurikulum.
1.2.2 Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
1.2.3 Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum
1.2.4 Guru Pemimpin Aktiviti Kokurikulum
1.3 Menentukan Dasar Kokurikulum Sekolah selaras dengan dasar-dasar yang
ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan.
1.4 Menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah sekurang-kurangnya
4 kali setahun.
1.5 Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
1.6 Menetapkan syarat / peraturan agihan penyertaan murid.
1.7 Menetapkan aktiviti Kokurikulum yang hendak dilaksanakan di sekolah.
1.8 Menetapkan prosedur pelaksanaan aktiviti Kokurikulum :
1.9 Dasar penyediaan Rancangan Aktiviti Tahunan, Mingguan dan rekod laporan
pelaksanaan aktiviti.
1.10 Menentukan hari penghantaran rekod pelaksanaan aktiviti untuk pengesahan
Guru Besar / Penolong Kanan.
1.11 Menentukan kriteria jenis alatan pelaksanaan aktiviti Kokurikulum.
1.12 Memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti Kokurikulum.
1.13 Menentukan jadual aktiviti Kokurikulum:
30