Page 31 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 31

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      1.14    Menetapkan sesi pelaksanaan aktiviti kokurikulum

                      1.15    Menetapkan agihan tugas guru penasihat / pemimpin

               2.0    GERAK KERJA KOKURIKULUM

                      2.1     Pastikan kegiatan dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap kemajuan/prestasi
                              yang membanggakan.

                      2.2     Semua guru wajib hadir dan bertanggungjawab menyediakan/membuat laporan  kegiatan
                              yang dijalankan.

                      2.3     Semua Guru Penyelaras kegiatan Kokurikulum Sekolah mesti mematuhi semua
                              peraturan dan undang-undang pengurusan aktiviti Kokurikulum Sekolah.

                      2.4     Semua Guru Penyelaras mesti menyediakan  Pelan  Induk Rancangan Tahunan pelaksanaan
                              aktiviti-aktiviti Kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim Kokurikulum
                              Tahunan.
                      2.5     Penolong Kanan Kokurikulum dan Ketua Guru Penyelaras Kokurikulum Sekolah mesti
                              berada di sekolah untuk menyelia, memantau pengurusan dan  aktiviti Kokurikulum
                              sepanjang waktu  Kokurikulum.
                      2.6     Semua Guru Penyelaras diwajibkan menyediakan Buku Persediaan Pengurusan
                              Kokurikulum Mingguan dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk
                              semakan dan pengesahan.
                      2.7     Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti  direkod oleh Guru-guru
                              Penyelaras. Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti  diambil
                              tindakan.

                      2.8     Ibu bapa / Penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika
                              ada murid yang terpilih untuk menghadiri aktiviti Kokurikulum di luar kawasan / peringkat
                              sekolah .

                      2.9     Sebagai Ketua Penyelaras aktiviti Kokurikulum sekolah / Penolong Kanan Kokurikulum ialah
                              pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas  penguatkuasaan peraturan dan
                              pelaksanaan.

                      2.10    Semua Guru Penyelaras setiap kegiatan Kokurikulum dikehendaki menyediakan
                              rekod-rekod dan data.

                      2.11    Penghargaan  perlu diberi kepada murid-murid yang berjaya dan melibatkan diri
                              secara aktif pada peringkat sekolah dan sebagainya












                                                                 31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36