Page 20 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 20

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      8.2     Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian negara lain tidak
                              dibenarkan bagi guru perempuan.

                      8.3     Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai dan kemas.

                      8.4     Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai
                              pakaian yang sesuai iaitu:-

                              8.4.1  Guru Perempuan : Seluar trek, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau
                                                          kasut getah bertumit.
                              8.4.2  Guru Lelaki          : Seluar trek, seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan,
                                                        baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah.

                      8.5     Pada hari Rabu minggu pertama setiap bulan, semua guru digalakkan memakai
                              pakaian seragam unit berunifom masing-masing.

                      8.6     Pada hari Khamis, semua guru diwajibkan memakai baju batik.
                      8.7     Pada hari Jumaat, semua guru lelaki digalakkan memakai pakaian baju Melayu
                              yang lengkap (sepasang Baju Melayu bersampin dan **bersongkok).** songkok
                              hitam sahaja.
               9.0    PERHUBUNGAN SESAMA GURU

                      9.1     Guru perlu memupuk hubungan profesional yang baik, sihat dan semangat
                              setiakawan dan kerja berpasukan.

                      9.2     Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
                              kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.

               10.    BILIK GURU

                      10.1    Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta benda sekolah merupakan
                              tanggungjawab semua guru.

                      10.2    Waktu Senggang (free period) guru hendaklah dipenuhi melakukan perkara-
                              perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

                      10.3    Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

                  11.  PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

                      11.1    Guru yang menghadapi masalah dalam bidang perjawatan boleh berurusan
                              dengan Guru Besar.

                      11.2    Guru yang menghadapi masalah dalam pengajaran boleh berurusan dengan
                              Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, Penolong Kanan atau Guru Besar.

                12.    AMANAH TUGAS

                      12.1    Guru yang diberikan tugas-tugas kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran perlu
                              melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.





                                                                 20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25