Page 42 - sm3ai2018
P. 42
Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa saying dan kasih,
Wahai Phang Yit Yee yang suka berterima kasih,
Orangnya tampak pemalu tetapi berjiwa gigih.
Kalau kita hendak berjaya,
Mesti berusaha sedaya upaya,
Pelajar Chieng Chiao Ting orangnya jenis diam-diam ubi berisi,
Apabila di kelas dialah yang paling tekun sekali menghayati.
Menuntut ilmu mestilah ikhlas,
Tekun berusaha janganlah malas,
Pelajar Siew Qing Zhi bukanlah seorang yang pemalas,
Butuhkan semangat serta sokongan semasa di kelas.
Demi masa manusia kerugian,
Jika biarkan terus berpergian,
Subjek Bahasa Malaysia subjek kegemaran,
Itulah Kim Wui Hang sandarkan A1 menjadi sasaran.
Cuba tambah ilmu yang kurang,
Bertindak segera mulai sekarang,
Tingkatkan keyakinan berserta matang,
Seorang yang pasif itulah Ling Ceng Yang.
Mencari ilmu janganlah malu,
Selalu berfikir lidah jangan kelu,
Empunya badan bernama Yee Jun Wu,
‘UEC’ semakin hampir barulah rajin menuntut ilmu.
Ada ilmu nyalakan jangan padamkan,
Ada limu sebarkan jangan pendamkan,
Sebarang yang berlaku Ling Rui Qi rahsiakan,
Sekali emosi habis semua dia diamkan.