Page 43 - sm3ai2018
P. 43

Ilmu kurang wajib ditambah,
               Bangun berlari setelah rebah,
               Hoo Jing Min seorang pelajar yang tabah,
               Tekun menelaah kelak ilmu semakin bertambah.


                Melentur buluh daripada rebung,
                Rebung dimasak Bersama ikan kembung,
                Pelajar Tai Chee Yuen bukanlah sombong,
                Sekali kenal ilmu tak kosong.



         Banyak membaca fikiran kaya,
         Rajin berusaha pasti berjaya,
         Manisnya Sam Hui Yi rajin bertanya,
         Keputusan ‘exam’ keluar dialah insan yang paling gembira.

             Jika anak rajin belajar,
             Markah tinggi ‘A’ berjajar,
             Chieng Li Yen seorang yang gigih lagi terpelajar,
             Suka bertanya dan senang diajar.


       Wajah ceria senyuman mesra,
       Semoga bahagia sihat sejahtera,
       Si kecil molek Chin Pey Mian tampaknya manja,
       Segala persoalan yang diajukan pasti dijawab dengan bersahaja.


       Ibu ayah wajib dihormati,
       Hidup anda pasti dirahmati,
       Sememangnya jenaka Ding Hong Wei yang menggelikan hati,
       Urusan berpersatuan dengannya amat mudah sekali.


                Semoga limu mudah dipelajari,
                Di internet juga boleh dilayari,
                Wahai Ek Joe Wei Si Gigi Besi,
                Berubah kelakuannya selepas ada teman di sisi.


                Anak diasuh penuh saying,
                Dibelai dijaga kasih terbayang,
                Sukakan anjing Teoh Zi Qian yang penyayang,
                Bersaing badminton dengannya pasti melayang.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48