Page 102 - FlipManual2019
P. 102

C9
              MANUAL PENGURUSAN SMKTHAM 2019


               BIDANG TUGAS

               PENGURUSAN BIASISWA BKP DAN TAPEM

                  1.  Meneliti  surat  pekeliling  dan  dan  buku  panduan  pengurusan  biasiswa  dari  Kementerian  Pelajaran/  Jabatan
                      Pelajaran/
                  2.  pihak penaja untuk memastikan syarat tawaran biasiswa dipatuhi.
                  3.  Mengedarkan borang biasiswa BKP dan TAPEM kepada pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 6 Rendah mengikut masa
                      tawaran.
                  4.  Menyemak borang permohonan biasiswa BKP/ TAPEM dan membuat penilaian mengikut garis panduan yang
                      telah ditetapkan.
                  5.  Membentangkan  rumusan  penilaian  borang  permohonan  biasiswa  dalam  mesyuarat  Jawatankuasa  Bantuan
                      Sekolah.
                  6.  Menghantar nama pemohon biasiswa yang telah disenarai pendek ke KPM/ pihak penaja.
                  7.  Memaklumkan ibu bapa/ penjaga pelajar yang berjaya mendapat tawaran biasiswa.
                  8.  Menguruskan penyimpanan borang permohonan biasiswa mengikut jenis biasiswa dan tingkatan.
                  9.  Menghantar buku akaun bank pelajar ke bank BSN untuk kemasukan wang biasiswa bagi tahun semasa.
                  10.  Menetapkan jadual pengeluaran wang biasiswa bagi setiap tingkatan.
                  11.  Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada GPK HEM.
                  12.  Menghantar  surat  amaran  kepada  ibu  bapa/  penjaga  bagi  pemegang  biasiswa  yang  prestasi  akademiknya/
                      kehadiran/ disiplinnya merosot.
                  13.  Menghantar laporan prestasi akademik pemegang biasiswa kepada pihak penaja dua kali setahun.
                  14.  Menghantar salinan surat amaran kepada ibu bapa/ penjaga kepada JPM sebagai tindakan susulan terhadap
                      pemegang biasiswa yang menunjukkan masalah disiplin.
                  15.  Menguruskan pemindahan rekod pemegang biasiswa serta buku akaun bank apabila pemegang biasiswa bertukar
                      sekolah.
                  16.  Mengemaskini rekod pemegang biasiswa tanggungan lama pada awal tahun.


               PENGURUSAN BANTUAN KWAPM.

                  1.  Mengedarkan borang permohonan KWAPM kepada penjaga/ ibu bapa pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan yang
                      memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
                  2.  Menyemak borang permohonan, membuat penilaian dan perakuan kelayakan.
                  3.  Membentang rumusan penilaian borang permohonan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Sekolah.
                  4.  Menghantar rumusan senarai nama pelajar yang layak ke JPM.
                  5.  Memaklumkan ibu bapa/ penjaga pelajar yang berjaya mendapat bantuan KWAPM.
                  6.  Menyimpan rekod perakuan ibu bapa/ penjaga menerima bantuan KWAPM dalam bentuk wang tunai daripada
                      pihak sekolah.
                  7.  Menggalakkan pelajar Islam membuat simpanan di Lembaga Urusan Tabung Haji.













              #HEMterbilang                                 “Guru yang pintar itu mahal tapi guru yang lebih peduli itu lebih mahal”
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107