Page 97 - FlipManual2019
P. 97
C4
MANUAL PENGURUSAN SMKTHAM 2019
BIDANG TUGAS (DISIPLIN)
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling-pekeliling Kementerian
Pelajaran.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua warga sekolah
4. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling-pekeliling Kementerian
Pelajaran.
5. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
6. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua warga sekolah
7. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
8. Menerima laporan murid/pengawas/guru dan seterusnya mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
9. Menjalankan rondaan kawasan sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah.
10. Memberi maklumat kepada GPK HAL EHWAL MURIDberhubung kes-kes yang serius seperti :
i. Penyalahgunaan dadah
ii. Peras ugut
iii. Video lucah
iv. Gambar lucah
v. Bohsia /bohjan
vi. Kumpulan haram
11. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan kepada GPK HAL EHWAL MURIDseminggu sekali.
12. Mencatatkan semua salah laku pelajar dalam fail disiplin kelas/buku laporan disiplin/SSDM
13. Membantu GPK HAL EHWAL MURIDuntuk mengesan dan mengesahkan salah laku serius yang boleh membawa kepada
hukuman gantung sekolah atau hukuman buang sekolah berpandukan SPI Bil 9/1975.
14. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah, hari terakhir
penggal dan peperiksaan awam.
15. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.
16. Menghubungi pihak polis untuk mendapat bantuan dalam menangani masalah disiplin yang serius jika perlu.
17. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
18. Menanam semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar dan guru supaya peraturan
sekolah menjadi satu budaya.
19. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
20. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin pelajar di perhimpunan sekolah dari semasa ke semasa.
21. Menyedia dan membekalkan data disiplin pelajar kepada PPD/Jabatan Pelajaran/ Kementerian Pelajaran.
22. Menghubungi ibu bapa /penjaga murid yang bermasalah disiplin dengan kebenaran pengetua.
23. Membantu menyimpan rekod, cetakan dan mengutus surat menyuarat berhubung dengan masalah disiplin.
BIDANG TUGAS (PENGAWAS)
1. Menyenarai dan mengemukakan calon pengawas kepada GPK HEM.
2. Memantau perkhidmatan pengawas baru sepanjang tempoh percubaan.
3. Mengadakan majlis penyampaian watikah kepada pengawas baru dan ahli exco tertinggi.
4. Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
5. Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan dan pembangunan jati diri untuk pengawas.
6. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
7. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
8. Membantu guru disiplin menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap perbuatan / amalan yang melanggari tatatertib.
9. Membantu pihak sekolah semasa majlis-majlis rasmi sekolah.
#HEMterbilang “Guru yang pintar itu mahal tapi guru yang lebih peduli itu lebih mahal”