Page 15 - eDinamik
P. 15

UiTM JOHOR DAN UNILAK – KOLABORASI
                      MERENTAS SEMPADAN DI DALAM ERA IR4.0
                              Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar



           Baru-baru ini, rakan kolaborasi strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor iaitu
           Universitas Lancang Kuning (Unilak) Pekanbaru, Indonesia menerusi Jabatan Pascasarjana
           Universiti tersebut telah menganjurkan International Seminar on Synergy of Universities in the
           Industrial Era 4.0. Seminar antarabangsa ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 30 Mac 2019,
           bertempat di Aula Pustaka kampus Unilak.


           Seramai tiga orang Rektor telah diundang sebagai pembentang kertas kerja di Seminar tersebut
           iaitu Rektor Universiti Teknologi MARA, Johor, Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin
           Bakar, Rektor Universitas Islam Bandung, Prof Dr. Edi Setiadi SH. MH, dan Rektor Unilak
           sendiri iaitu Dr. Hajah Hasnati SH. MH.

           Direktur Pascasarjana Unilak Prof Dr. Sudi Fahmi SH.MH melalui ketua panitia Dr. Ardiansyah
           memaklumkan kegiatan Seminar Antarabangsa ini telah dimulai sejak pagi dengan penyertaan
           para pensyarah Unilak sendiri dan peserta yang terdiri dari mahasiswa Pascasarjana Prodi
           Magister ManajemEncik dan Magister Hukum dan mahasiswa lainnya.

           Dalam Seminar ini, pembentangan Rektor UiTM Johor, Dr Ahmad Naqiyuddin adalah berkisar
           mengenai sinergi antara universiti dua Negara serumpun di era Industri 4.0. Seterusnya, Rektor
           Unisba, Prof Edi membahas tentang cabaran era Industri 4.0 merentasi universiti. Manakala
           bagi Rektor Unilak pula, Dr Hasnati telah mengupas tentang strategi Unilak dalam menuju
           sasaran sebagai Universiti unggul menjelang 2030.

           Ketika ini Program Pascasarjana Unilak telah menawarkan dua program iaitu Prodi Magister
           ManajemEncik dan Magister Hukum yang telah akreditasi B oleh pemerintah Indonesia.
           Memandang ke hadapan, kerja sama bestari antara UiTM Johor dengan Unilak akan terus
           diperkasa meliputi aspek pembelajaran dan pengajaran,     penyelidikan dan inovasi,   serta
           khidmat masyarakat dengan penglibatan pensyarah dan pelajar di kedua-dua Universiti
           serumpun ini.


























                                                                                                         6
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20