Page 17 - eDinamik
P. 17

FIESTA SENI JOHOR 2019 BERI PELUANG
                             MAHASISWA SERLAHKAN BAKAT
                                         Norshahniza Binti Sahari



          Performing Arts Club (PAC) telah menganjurkan program Fiesta Seni Johor (FiSeni) 2019
          selama 4 hari (24-27 Mac 2019) bertempat di UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat.
          Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan berbalas pantun antara mahasiswa/siswi
          kampus Segamat, pertandingan nyanyian, pertandingan busana dan Clever Girl UiTM
          Cawangan Johor, bengkel solekan, pertandingan penulisan skrip dan karnival jualan.
          Antara tujuan FiSeni 2019 adalah untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan tradisional di
          kalangan mahasiswa agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, ia bertujuan untuk menggilap
          bakat serta menghasilkan mahasiswa/siswi yang serba berkebolehan dan cemerlang bukan
          sahaja dalam bidang akademik malah bukan akademik.

          Salah satu kemuncak dan kejayaan aktiviti FiSeni 2019 yang turut memberi impak kepada
          Universiti adalah penganjuran Kem Kebudayaan Cilik selama 3 hari yang bertujuan untuk
          menjalin hubungan dengan komuniti setempat. PAC telah menjemput jurulatih professional dari
          Yayasan Warisan Johor bagi melatih tarian Zapin Johor kepada anak-anak kakitangan UiTM
          Caw. Johor dan turut menaja enam orang pelajar dari golongan kurang berkemampuan namun
          berpotensi dan berbakat dari Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Jementah.
          Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelakar (HEP), Encik Mohd Khairul Ariff bin Noh telah sudi
          menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup di Dewan Sri Temenggong yang telah diadakan
          dengan cukup meriah termasuklah persembahan khas tarian Zapin Johor oleh peserta-peserta
          Kem Kebudayaan Cilik.





































                                                                                                         8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22