Page 20 - eDinamik
P. 20

HUTAN KITA
                                   Nur Adilah Saud & Dr. Tan Yan Ling



          Amazon adalah hutan tropika terbesar di dunia, meliputi lebih lima juta kilometer persegi di
          sembilan negara: Brazil, Bolivia, Colombia, Ecuador, Guyana Perancis, Guyana, Peru, Suriname
          dan Venezuela. Namun 67% hutan hujan itu berada di Brazil. Hutan hujan Amazon adalah salah
          satu daripada perlindungan terbaik alam semula jadi. Ia berfungsi sebagai paru-paru bumi
          dengan menyerap karbon dioksida, menyimpannya dalam tanah dan menghasilkan oksigen.
          Fungsi ini sangat penting bagi memperlahankan berlakunya pemanasan global.

          Hutan tersebut juga kaya dengan kepelbagaian biologi, dan menjadi habitat untuk berbilion-
          bilion spesies yang masih belum dikaji. Akan tetapi sejak kebelakangan ini telah berlaku
          kebakaran besar- besaran di kawasan ini. Menurut Institut Kajian Penyelidikan Angkasa
          Kebangsaan (INPE), hampir 73,000 kes kebakaran dilaporkan antara Januari 2019 hingga Ogos
          2019. Ini adalah catatan yang tertinggi sejak 2013.


          Kebakaran adalah kejadian semula jadi di Amazon dan tahun ini ia berlaku semasa musim
          kering. Bagaimanapun, pencinta alam sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan mendakwa
          kegiatan manusia turut menyumbang kepada kebakaran tersebut. Dilaporkan kegiatan
          pembalakan haram merupakan faktor utama kepada kemusnahan hutan Amazon.


          Pemusnahan hutan disifatkan sebagai salah satu daripada punca kepada pemanasan global di
          seluruh dunia. Agensi pengawasan atmosfera Brazil mengesan asap telah merebak sejauh
          ribuan kilometer merentasi Amerika Selatan. Memandangkan jumlah kebakaran meningkat,
          pelepasan gas rumah hijau juga berlaku. Ini menjadikan kenaikan suhu di keseluruhan muka
          bumi. Apabila suhu meningkat, peristiwa cuaca yang melampau seperti kemarau akan berlaku
          lebih kerap. Di samping peningkatan pengeluaran haba, penebangan hutan juga menyumbang
          secara langsung kepada perubahan pola hujan di kawasan yang terjejas, memanjangkan
          tempoh musim kering dan selanjutnya memberi kesan kepada hutan, biodiversiti, pertanian dan
          kesihatan manusia.

          Kesedaran kita terhadap kepentingan hutan perlu ditekankan dan salah satu cara adalah melalui
          pendidikan. Sama-sama kita menjaga hutan kita.



          Rujukan:
          https://www.atlasandboots.com/largest-rainforests-in-the-world/

          https://www.sinarharian.com.my/article/44654/GLOBAL/Kebakaran-Amazon-Apa-yang-perlu-
          anda-tahu
          https://www.washingtonpost.com/weather/2019/08/21/amazonian-rainforest-is-ablaze-turning-
          day-into-night-brazils-capital-city/?noredirect=on
          https://www.thevocket.com/mengapa-kita-perlu-risau-jika-hutan-amazon-musnah-dalam-
          kebakaran/



                                                                                                        11
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25