Page 23 - eDinamik
P. 23
MEMPROMOSI KESIHATAN YANG BAIK KEPADA GOLONGAN ORANG MUDA
Noorita Mohamad
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1997 memaklumkan bahawa orang muda melalui
pertumbuhan dan pembangunan zaman kanak kanak ke dewasa (remaja) yang mempunyai ciri
yang saling berkait dengan perubahan badan, minda dan hubungan sosial. Ini bermaksud pada
peringkat perkembangan fizikal, saikologi dan seksual, anak muda beransur mengambil
tanggungjawab bagi menjaga kesihatan diri mereka sendiri. Amalan menggalakkan kesihatan
dan kesejahteraan akan memberi mereka impak pada status kesihatan mereka pada masa kini
dan dalam jangka masa panjang. Ramai orang muda melibatkan diri dalam pelbagai tabiat yang
tidak sihat seperti bermain komputer berjam jam, senaman dan rehat yang tidak mencukupi dan
mengamalkan tabiat seperti merokok. Andainya amalan ini berterusan, ia akan membawa
kepada masalah kesihatan yang buruk. Ramai remaja pada masa kini dikaitkan dengan masalah
kesihatan yang serius seperti penyakit pernafasan, kanser, sakit sendi, kemurungan dan
gangguan saikologi. Namun begitu adalah lebih sukar bagi orang dewasa untuk mengubah
tabiat mereka yang tidak sihat seperti yang mereka amalkan pada usia mudanya.
Apa yang paling utama adalah bagaimana cara untuk mempromosikannya kepada golongan
muda. Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada risiko kesihatan orang dewasa
yang boleh dikenal pasti pada peringkat awal. Justeru itu, intervensi awal perlu untuk mereka
berubah dalam menghadapi risiko kesihatan di kemudian hari. Oleh itu, promosi tingkah laku
sihat yang mensasarkan kepada golongan orang muda adalah sangat penting. Orang muda
perlu dicabar untuk mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan diri mereka.
Aktiviti pembentukan gaya hidup individu dan penentu status kesihatan termasuklah mengambil
alih tanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan
mengekalkan amalan pemakanan yang baik. Remaja perlukan keseimbangan dalam
membangunkan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial selain dari sudut cara berfikir, moral dan
estatika.
Remaja di UiTM Segamat bertuah sebenarnya kerana menikmati persekitaran yang bersih.
Remaja di UiTM Segamat, umumnya dianggap bebas daripada pencemaran dan penyakit
kerana terpelihara dengan persekitaran yang baik. Walaubagaimanapun, ada sebahagian
ibubapa yang mempunyai anak remaja yang sedang belajar di UiTM Segamat masih bimbang
terutama dengan tahap cara pemikiran pembangunan remaja dan program kesihatan yang
khususnya yang masih terhad ditujukan untuk golongan muda ini. Remaja kini masih lemah
dalam menguruskan kesihatan dan emosi mereka dan mungkin menjadi tidak selesa atau
menjadi tertekan apabila mereka berdepan dengan masalah. Menurut kajian mendedahkan
bahawa remaja lelaki di UiTM Segamat, lebih bersemangat melakukan aktiviti senaman fizikal
berbanding wanita. Hanya 68 dan 60% remaja lelaki dan perempuan masing masing, makan
sarapan pagi atau makan buah-buahan setiap hari. Dua pertiga remaja di UiTM Segamat,
biasanya tidak tidur sebelum tengah malam. Kesan langsung dari tingkah laku tidak sihat ini
tidak disedari mereka. Sebaliknya, kesannya berkembang seumur hidup, timbul di dalamnya
pada akhir umur apabila terlambat untuk memulihkan kesihatan mereka. Bantuan boleh
diberikan dengan memperbanyakan aktiviti kesedaran kesihatan atau mendaftarkan mereka
menyertai pelbagai kumpulan yang diketuai pakar pakar yang terlatih. Mereka perlu dinasihatkan
untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menerapkan amalan kesihatan yang baik
dalam diri kita akan menentukan arah kehidupan yang kita mahukan.
14